Selasa, 28 Juli 2009

asal ngomong tentang alam

1- PENGENALAN
- Alam sekitar adalah ciptaan dan milik Allah kerana al-Qur’an telah menyatakan bahawa segala kejadian di muka bumi dan alam semesta adalah dengan iradatNya (kehendak Allah).

- Tujuan penciptaan:
-pengabdian / pengesaan
-beribadat
-ujian
- Alam sekitar atau alam sekeliling mempunyai hubungan antara satu sama lain. Segala yang hidup dan yang mati dipengaruhi oleh alam sekitar.

- Kehidupan manusia sangat berkait rapat dengan alam sekitarnya e.g. kesihatan.

- Persoalan yang hangat ialah tentang penjagaan dan pencemaran. Islam mengamalkan penjagaan berdasarkan ayat-ayat Qur’an dan hadith Nabi Muhammad.

- Pencemaran adalah hasil dari keingkaran manusia untuk mematuhi peraturan Allah.

2-Pengertian Alam Sekitar.

- Alam sekitar diterjemah dari bahasa Inggeris environment, bermaksud keadaan sekeliling atau suasana.
- Dari perspektif sains dan teknologi, alam sekitar bermaksud segala apa yang ada di sekeliling dan berhubung kait dengannya hingga mewujudkan suatu suasana atau keadaan.

- Islam mendefinasikan alam sekitar sebagai segala kejadian dan persekitaran yang dicipta dan dijadikan oleh Allah sebagai tanda kekuasaanNya untuk tujuan pengabdian.

3-Komponen Alam Sekitar

Manusia
-Ini berdasarkan kepada perlantikan manusia, nabi Adam sebagai khalifah di atas bumi.
-Khalifah bermakna ‘pengganti’ dan proses ini silih berganti hingga tiba hari akhirat.
-Terdapat banyak ayat Qur’an yang menyatakan kepentingan manusia sebagai satu komponen alam, e.g. surah al-Baqarah (2): 30.
-Memerlukan kehadiran dan kewujudan komponen lain seperti tumbuhan, haiwan, air dll.

Tumbuhan
-Meliputi 27.6 % keluasan muka bumi.
-Fungsinya amat penting untuk menyerap karbon dioksida yang dilepaskan oleh manusia dan haiwan.
-Disamping itu, menganugerahkan satu elemen yang penting untuk kehidupan komponen lain iaitu melepaskan oksigen ke udara yang hasilnya digunakan oleh manusia dan haiwan untuk bernafas (proses fotosintesis).
-Juga berfungsi sebagai pengukuh struktur tanah dari kejadian tanah runtuh, hakisan dan menyerap air hujan yang boleh mengurangkan kejadian banjir.
-Penanaman dan penjagaan tumbuhan digalakkan oleh Islam dan pengusaha akan mendapat pahala sedekah berdasarkan keterangan satu hadith .

Binatang
-Selain berfungsi sebagai makanan, ia juga digunakan untuk kepentingan manusia seperti membajak, menunggang, membawa muatan dsb.
-Penganiayaan terhadap binatang adalah diharamkan berdasarkan hadith: ‘seorang wanita telah disiksa dan dimasukkan ke dalam neraka disebabkan oleh dia telah mengurung seekor kucing sehingga mati kelaparan.’
-Hendaklah berlaku adil samada terhadap binatang peliharaan atau binatang lain.
-Islam melarang sebarang aktiviti yang menggunakan binatang sebagai objek bersukaria dan pemuasan nafsu seperti berlawan sesama sendiri atau sasaran untuk memanah.

Bumi (tanah)/ Matahari / Langit dll.
-Bumi, langit, matahari dll di jadikan oleh Allah untuk kegunaan manusia dan komponen lain.
-Merupakan amanah Allah kepada pengguna, terutamanya manusia.
-Terdapat banyak ayat Qur’an yang menceritakan tentang kejadian komponen ini dan fungsi-funsinya.
-Asal kejadian manusia itu sendiri adalah dari komponen lain, iaitu tanah.

Air
-Berkepentingan untuk alam
-beribadat/bersuci
-minuman
-siraman kpd tumbuhan
-Air tidak boleh disekat penggunaannya, berdasarkan hadith:
‘Tiga perkara yang tidak boleh disekat (dari penggunaan ramai) adalah air, padang ragut dan juga api.’
-Sekatan yang ditegah adalah dengan cara pengaliran dan pencemaran.
Angin
-Islam melarang segala bentuk pencemaran udara atau angin.
-bau
-asap / gas

4-Fungsi Alam Sekitar
- Bukti atau tanda kebesaran dan kekuasaan Allah.

- Sebagai simbol / petunjuk kepada manusia. e.g. bintang, bulan.

- Proses ekosistem – putaran, pusingan dan perpindahan antara unsur-unsur alam.

- Pelengkap kepada kehidupan manusia – saling memerlukan antara satu sama lain.

- Buku, pusat atau sumber ilmu pengetahuan dari pelbagai aspek.
-sains
-teknologi
-pemikiran dll.

*Apakah tujuan / matlamat / objektif kesemua fungsi ini?
-mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah.
-menginsafi konsep Pencipta (Khaliq) dan hamba (makhluq).

5-Etika Islam Tentang Alam Sekitar.

Islam menekankan banyak ciri-ciri dan etika yang sewajarnya berkenaan alam sekitar:
- Konsep pengesaan Allah (tauhid) ataupun sovereignty (hakimiyyah).
-penciptaan alam adalah hak Allah.
- Konsep amanah.
-penciptaan alam adalah pinjaman untuk kegunaan ahli-ahli alam itu sendiri.
- Konsep keseimbangan (al-mizan).
-hubungan antara setiap unsur mestilah seimbang.
-Begitu juga kemajuan dan pemodenan yang berasaskan kepada alam sekitar hendaklah seimbang.
- Etika keadilan.
-individu / manusia
-makhluk lain
- Konsep penjagaan.
-kesedaran untuk memelihara alam sekitar untuk kepentingan bersama.
-bekerjasama ketika perlaksanaaan penjagaan.
-tanamkan pendedahan / contoh tauladan kepada orang lain.
- Etika keindahan.
-Islam sendiri sebagai agama yang cantik dan bersih. Oleh itu, penjagaan alam sekitar bersesuaian dengan imej Islam yang bertujuan untuk mengindahkan keadaan sekeliling.

- Etika keilmuan
-pemahaman dan pendedahan ilmu syari’ah (halal & haram)
-kemajuan ilmu sains dan teknologi.

Alam dan sesuatu yg berhubungan dengannya